Latar Belakang & Sejarah Fakulti

LATAR BELAKANG

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah ditubuhkan sebagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ke-18 di Malaysia pada 1 Januari 2006 dan Gong Badak telah menjadi salah satu daripada kampusnya. Bermula 1 Mac 2007, nama Sekolah Pengajian Pengurusan telah ditukar kepada Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan (FPPP) dan kini dikenali sebagai Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan (FESP). Terkini, pada tanggal 1 Ogos 2019, nama fakulti telah dijenamakan semula kepada Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP).

Terkini, FPP menawarkan :

  • Empat (4) Program Ijazah Sarjana Muda dan
  • Tujuh (7) Program Diploma,
  • Program Sarjana dan
  • Ph.D secara Penyelidikan dalam bidang berkaitan pengurusan serta
  • Dua (2) Sarjana secara Kerja Kursus.

Program pengajian prasiswazah yang ditawarkan adalah sepertimana berikut:

  1. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Risiko dan Takaful) dengan Kepujian
  2. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) dengan Kepujian
  3. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
  4. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kekayaan Islam dengan Kepujian
  5. Diploma Perakaunan
  6. Diploma Perdagangan Antarabangsa
  7. Diploma Pemasaran
  8. Diploma Pengurusan Sumber Manusia
  9. Diploma Kewangan
  10. Diploma Pengajian Bank
  11. Diploma Pengajian Insurans

Program pengajian siswazah secara kerja kursus yang ditawarkan adalah sepertimana berikut:

  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)
  • Sarjana Kewangan Islam (MIF)

VISI FAKULTI

Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP) berhasrat untuk menjadi fakulti yang menawarkan program-program pengajian yang bertaraf antarabangsa untuk melahirkan pemimpin dalam pelbagai bidang pengurusan yang berilmu, berakhlak, bertaqwa dan beriman.

MISI FAKULTI

Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP) akan membangun dan melahirkan bakal pemimpin dalam pelbagai bidang pengurusan melalui penggunaan teknologi, penyelidikan dan inovasi, yang mempunyai sikap terbuka, bertanggungjawab dan mampu memenuhi keperluan gunatenaga global.

OBJEKTIF

★ Menyediakan program-program pengajian di peringkat pascasiswazah, sarjana muda dan diploma dalam pelbagai bidang pengurusan

★ Memperkayakan ilmu melalui penyelidikan dan inovasi

★ Menyediakan tenaga kerja di peringkat profesional dan separa profesional yang berorientasikan Islam dalam pelbagai bidang kerjaya